MATLAMAT KAMI


Matlamat utama pengasas adalah untuk menyediakan ruang dan jalan kepada orang ramai bagi membantu umat islam lain yang berkeadaan daif.

Berbekalkan objektif utama untuk menyediakan ruang dan jalan bagi orang ramai membantu umat Islam lain, fokus ibadah korban melalui Muslim Qurban ini pada negara-negara di mana penduduknya yang beragama Islam hidup serba kekurangan dan amat dhaif di mana mampu mengalirkan air mata jika anda dapat melihatnya sendiri. Antara negara tersebut adalah Bangladesh, Kemboja, Somalia dan Uganda.

Buat masa ini, ibadah ini akan difokuskan di Bangladesh dan Somalia terlebih dahulu kerana kadar kedaifan yang amat tinggi di sana dan mereka amat memerlukan.


MENGAPA MUSLIM QURBAN?

Berikut adalah jawapan mengapa Muslim Qurban diwujudkan dan mengapa ini merupakan peluang terbaik anda untuk turut sama menunaikan ibadah yang amat dituntut ini?

1. Memberi peluang agar lebih ramai orang yang dapat membuat ibadah qurban dengan harga yang murah berbanding di tempat lain. Dengan meminimakan kos pengurusan dan pentadbiran serta memperincikan soal urus-tadbir ibadah korban ini, perkara ini dapat direalisasikan.

2. Syarikat yang akan melaksanakan qurban dari A hingga Z (penyembelihan, proses masakan, penghantaran dan pengagihan).


3. Qurban dilakukan di negara-negara di mana penduduk Islamnya benar-benar berada dalam keadaan serba kekurangan dan kemiskinan (lebih afdhal).


4. Penyembelihan qurban dan aqiqah dilakukan oleh pihak yang bertauliah.


5. Ibadah qurban di luar ini mempunyai keikhlasan yang lebih tinggi ibarat beri tangan kanan sedang tangan kiri tidak mengetahuinya.


6. Sijil penyertaan dan gambar korban akan dihantarkan kepada anda sebaik sahaja musim korban selesai.




Popular posts from this blog