SOALAN LAZIM
IBADAH QURBAN
1) Apakah yang dimaksudkan dengan
ibadah Qurban?
Qurban dalam
bahasa Arab disebut al-uddhiyah, iaitu binatang yang disembelih waktu Dhuha,
Manakala,
penantiannya dari hukum syara' ialah binatang ternakan (na'am) seperti kambing,
lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Aidiladha atau pada hari-hari
Tasyrik (11,12,13 Zulhijjah) dengan niat untuk menghapirkan diri kepada Allah
swt.
2) Apakah hukum melakukan Ibadah Qurban ?
Hukum menyembelih
haiwan qurban pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban ke atas umat Islam
yang mampu ialah sunat Kifayah (sunat yang dituntut) dan jikalau meninggalkannya
adalah makruh.
3) Apakah kelebihan
melaksanakan ibadah Qurban ?
Ibadah qurbanmerupakan ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar disisi Allah swt.
Rasulullah S.A.W
bersabda :
“Tidak ada amalan
yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah
melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya
binatang qurban itu dating pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya
dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu
jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu”
Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim
4) Hikmah dan Fadhilat Qurban ?
-Menguji kekuatan
iman dan keteguhan mental orang yang berkorban
-Menjauhkan diri dari
sifat terlalu sayangkan harta benda dan kedekut dengan harta yang Allah swt
kurniakan kepadanya
-Menghapus dosa dan
memperolehi keredhaan dari Allah swt
5) Jenis-jenis Qurban
5) Jenis-jenis Qurban
Qurban Sunat :
Menyembelih binatang
ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub ( mendekatkan diri pada Allah ) .
Qurban Nazar :
Apabila seseorang
bernazar untuk menyembelih qurban, maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya
itu.
6) Bolehkah qurban bagi orang yang telah
meninggal dunia?
meninggal dunia?
Jika qurban itu telah
diwasiatkan, maka wajib laksanakannya. Sekiranya ingin qurban bagi ibu bapa
yang telah meninggal dunia, ia tetap diterima kerana amalan baik yang dilakukan
oleh anak mereka akan sampai kepada kedua ibu bapa mereka. InsyaAllah
7) Mengapa qurban ini
dilaksanakan di negara luar ?
Hal ini kerana, pihak Muslim Qurban ingin membantu umat islam yang berada
di dalam kesusahan dari segi makanan. Di sana, umat islam hidup dalam keadaan
yang daif. Di malaysia, kadang-kadang daging qurban berlebihan dan mungkin ada
yang membazir apabila memperolehinya.AAkan tetapi, di sana daging-daging
tersebut digunakan sebaik mungkin tanpa pembaziran.
IBADAH AQIQAH
1)Apakah
beza Qurban dan Aqiqah?
Qurban hanya boleh dilakukan pada Hari Raya Haji dan 3 hari
selepasnya. Ia adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan memberi daging
kepada orang miskin dan ahli keluarga serta sahabat handai
Aqiqah adalah ibadat yang dilakukan bagi anak yang baru
lahir. Ia boleh dilakukan pada
bila-bila masa sehingga anak itu baligh.
2)Apakah hukum Aqiqah ?
Hukum Aqiqah adalah sunat muakad
iaitu sunat yang dituntut oleh Islam.
3)Adakah
Aqiqah perlu dilakukan setiap tahun ?
Tidak. Aqiqah hanya perlu dilakukan sekali seumur
hidup.
4)Apakah
hari terbaik untuk laksanakan Aqiqah ?
Aqiqah sepatutnya dilaksanakan pada hari ke-7
mengikut sunnah Rasulullah SAW / selagi dia belum baligh.